Wednesday, October 27, 2010

Unit Amanah (Unit Trust)

Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpul duit daripada pelaburan untuk melaksanakan salah satu objektif kewangan. Pengurus dana tersebut akan melabur wang itu ke dalam pelbagai saham@sekuriti dengan harapan untuk mencapai objektif utama dana..

Epmphhh, bole faham tak maksud di atas.. Itu saya serita dari segi teorinya. Apakata saya cuba terangkan dalam keadaan yang lain pulak.

Katakan la anda semua mempunyai wang yang lebih, tetapi jumlahnya sedikit (nak melabur dalam saham pun tak berbaloi kan). Tetapi dengan cara mengumpulkan wang kawan-kawan anda sebanyak RM1,000,000. Anda boleh mempelbagaikan saham-saham anda. Katakan anda dan kawan-kawan membeli 6 saham, 1 dari saham terjejas. Ini tidak akan mempengaruhi 5 saham anda yang lain. Tetapi untuk menguruskan dana, anda pula tidak mampu untuk uruskannya.
Sebagai alternatif lain, anda meminta bantuan rakan anda yang berada dalam industri pelaburan saham. Sebagai ganti, anda berjanji akan memberi sedikit imbuhan atas daya usahanya menguruskan dana tersebut.

Kemudian rakan-rakan serta anda membuat keputusan untuk membuka akaun di bank, akaun broker atas nama persatuan yang dikongsi oleh penyumbang dana-dana tersebut untuk menguruskan dana. Pemberian kuasa kepada individu yang mengurus dana untuk mengeluarkan wang tersebut dan melaksanakan urusan jual-beli saham. Dengan termeterainya perjanjian anda semua, maka bemulalah operasi yang dinamakan dana bersama.

Senario di atas ini lah yang dipanggil pelaburan dana bersama atau mutual fund. Jenis pelaburan ini lebih dikenali sebagai Unit Amanah.



Tuesday, October 26, 2010

INFO: Tip perancangan persaraan

Pertimbang persoalan penting seperti:

  • Tentukan perbelanjaan diperlukan sewaktu persaraan.
  • Jumlah harta atau wang dimiliki sekarang.
  • Apa yang boleh dilakukan untuk memperbetulkan keadaan.

Tuesday, October 19, 2010

Pertama Kali

Salam,


"Gagal untuk merancang samalah seperti merancang untuk gagal. Setiap individu mempunyai matlamat yang berbeza dan perubahan yang ingin dilakukan pasti ada risikonya. Terpulanglah pada individu untuk menilainya".


Pelaburan..??? macam-macam pelaburan yang boleh kita buat. Tetapi tidak semua yang berani mencubanya. Hakikatnya tiada ''pelaburan yang sempurna" yang wujud. Semua pelaburan ada risiko nya masing-masing. Baru-baru ini saya ada cuba untuk promote pelaburan dalam UNIT TRUST pada kengkawan2 saya. Emphhh, macam-macam 'feedback'yang saya dapat. Ada yang menunjukkan minat dan ada juga la yang nak membangkang pasal UNIT TRUST ni. Nama pun pelaburan, mestilah ada untung dan ruginya. Semakin tinggi pulangan nya semakin tinggi la riskonya. Sekiranya tidak mampu mengambil risko, perlulah berpuas hati dengan pulangan yang rendah atau sederhana. Ini merupakan prinsip utama di dunia pelaburan.


Sebagai contoh, simpanan dalam paling selamat dan berisiko rendah. Tetapi disebabkan risikonya yang rendah, maka pulangannya pun rendah la dalam tempoh setahun. Adakah dengan menyimpan RM1000 dalam simpanan bank, kita mengharap kan pulangan untuk setahun sebanyak 6%. Itu MUSTAHIL.


Sebaliknya, pelaburan berisiko tinggi, dan berpotensi memberikan pulangan yang lumayan. Di dalam dunia yang nyata ini, pelaburan sebegini sentiasa ada harganya.