Tuesday, October 19, 2010

Pertama Kali

Salam,


"Gagal untuk merancang samalah seperti merancang untuk gagal. Setiap individu mempunyai matlamat yang berbeza dan perubahan yang ingin dilakukan pasti ada risikonya. Terpulanglah pada individu untuk menilainya".


Pelaburan..??? macam-macam pelaburan yang boleh kita buat. Tetapi tidak semua yang berani mencubanya. Hakikatnya tiada ''pelaburan yang sempurna" yang wujud. Semua pelaburan ada risiko nya masing-masing. Baru-baru ini saya ada cuba untuk promote pelaburan dalam UNIT TRUST pada kengkawan2 saya. Emphhh, macam-macam 'feedback'yang saya dapat. Ada yang menunjukkan minat dan ada juga la yang nak membangkang pasal UNIT TRUST ni. Nama pun pelaburan, mestilah ada untung dan ruginya. Semakin tinggi pulangan nya semakin tinggi la riskonya. Sekiranya tidak mampu mengambil risko, perlulah berpuas hati dengan pulangan yang rendah atau sederhana. Ini merupakan prinsip utama di dunia pelaburan.


Sebagai contoh, simpanan dalam paling selamat dan berisiko rendah. Tetapi disebabkan risikonya yang rendah, maka pulangannya pun rendah la dalam tempoh setahun. Adakah dengan menyimpan RM1000 dalam simpanan bank, kita mengharap kan pulangan untuk setahun sebanyak 6%. Itu MUSTAHIL.


Sebaliknya, pelaburan berisiko tinggi, dan berpotensi memberikan pulangan yang lumayan. Di dalam dunia yang nyata ini, pelaburan sebegini sentiasa ada harganya.


No comments:

Post a Comment